SAHABAT Apabila kita ingin bersahabat, janganlah kerana kelebihannya kerana mungkin dengan satu kelemahan, kita mungkin akan menjauhinya. Andai kita ingin berteman, janganlah kerana kebaikannya, kerana mungkin dengan satu keburukan kita akan membencinya. Andai kita ingin seorang teman, janganlah kerana sifat cerianya, kerana andai dia tidak pandai menceriakan, kita mungkin akan menyalahkannya. Andai kita ingin sahabat yang satu, janganlah kerana ilmunya, kerana apabila dia buntu, kita mungkin akan menfitnahnya. Andai kita ingin berSAHABAT, terimalah dia seadanya kerana dia seorang sahabat, yang hanya manusia biasa. Jangan diharapkan terlalu sempurna, kerana kita pun tidak tahu apakah diri kita sudah cukup sempurna mengikut kehendak Allah SWT yang sebenar-benarnya. Besederhanalah dalam persahabatan InshaAllah kita tidak akan melihat kelemahan itu sebagai satu kelemahan..ππ
No comments:
Post a Comment